Jumaat, 26 Julai 2013

BICARA BERIRAMA (KUMPULAN KASIH)


Ting tak keting tak ting (semua)
Assalamualaikum salam diberi , (aina)
Salam sejahtera saudara saudari, 
Yang mana kekanda adinda,
Bicara berirama kasih ibubapa,
Sekolah kami jauh di desa, (semua)
Dating kemari tergesa-gesa,
Hadirnya kami berpadu tenaga,
Dating menyeri dapat dirasa,
Kekanda, (semua perempuan)
Ya adinda, (semua lelaki)
Kekanda-kekanda nak dengar pantin tak? (semua perempuan)
Oh mestilah mahu adinda, (semua lelaki)
Dengar ya kekanda, (semua perempuan)
Adam hawa penyeri dunia,
Seperti kekanda adinda di hadapan semua,
Bertungkus lumus member markah,
Itulah peranan juri di hadapan kita,
Kekanda segak orangnya, (semua lelaki)
Adinda pula mnis rupanya,
Wahai juri dengarlah bicara hamba,
Senyum selalu murah rezekinya,
Kasih ibu membawa ke syurga, (semua)
Kasih ayah tiada penghujungnya,
Dengarlah kami hendak bicara,
Bagaimana besarnya kasih ibubapa,
Ayah seorang yang baik hati,tabah, (semua perempuan)
Dan tidak lupa juga memberi kehidupan kepada kita,
Ayah juga menjadi kekuatan kepada sesebuah keluarga,
Oh ayah…,,, (amizzudin)
Shuhh..ayah juga hensem setampan kekanda di hadapan semua, (semua perempuan)
Adinda-adinda kekanda ni tak tampan ke? (aidil)
Oh lupa,kekanda pun tampan juga, (semua perempuan)
Kekanda-kekanda janganlah marah,
Keknda semua tampan sempurna,
Kami adinda mengerti perasaanya,
Sudahlah kekanda jangan marah lagi ya.
Adinda-adinda hcantik rupanya, (semua lelaki)
Merdu suaranya semanis orangnya,
Bagaimana pula adinda di hadapan semua,
Manis jugakah orangnya?
Itu sudah tentu, (semua perempuan)
Ayah saya petani. (izham)
Ayah saya nelayan. (atiqah)
Ayah saya pula penoreh getah. (tiana)
Mencari sesuap nasi, (semua)
rezeki yang halal memerah keringat,
Tak kenal penat,
Keluar awal pagi balik dingin hari,
Letih tak terperi,tapi wajah sentiasa berseri.
Ayah bukanlah superman. (shuhada)
Ayah juga bukan ultraman. (saliza)
Tapi kami tetap sayang, (semua)
Pada ayah seorang.
Adinda-adinda ibu pula bagaimana? (semua lelaki)
Ibu seorang yang baik hati,penyabar, (semua perempuan)
Lemah lembut dan menjadi tulang belakang ,
Kepada sesebuah institusi keluarga.
Itu saja? (saufi)
Ada lagi..,, (aina)
Berhenti (ain)
Ibu…ibu….engkaulah ratu hatiku, (semua)
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu,
Ibu…ibu..engkaulah ratu hatiku.
Bolehkah kekanda meyanyi pula? (Daniel)
Ibu…
Kekanda! Kekanda! Jangan teruskanya nati rebut taufan melanda, (ain)
Kalau begitu biarlah kekanda bersyair pula, (Daniel)
Bolah saja kekanda tetapi ,biarlah adinda member tajuknya, (semua perempuan)
Tajuknya ialah kasih ibubapa,
Bolehkah kekanda menyahut cabaran adinda?
Kekanda sikit pun tidak gentar dengan cabaran adinda. (semua lelaki)
Wahai ayahnda serta ibunda, (saufi)
Kasih sayangmu dikenang sentiasa,
Sopan santun,baik,bermesra,
Menjaga kami tak kira masa,
Penat dan lelah tak pernah diendah,
Membesarkan kami tidaklah mudah,
Tidak dihirau apalah padah,
Ayah dan bonda tak pernah mengalah,
Bagaimana adinda menarik tak? (semua lelaki)
Menarik,sangat menarik kekanda. (semua perempuan)
Sebagai kaum adam harus berani, (semua)
Menjadi pemimpin keluarga sendiri,
Ayah bekerja mencari rezeki,
Sakit dan letih tidak dipeduli
Sopan santun,baik hati,
Kasih sayang dari hati,
Besekang mata ibu mithali,
Membesarkan anak hingga berdikari.
Kekanda adinda semua , (semua perempuan)
boleh tak kami menyanyikan sebuah lagu sebelum mengundur diri?
Boleh,.. (semua lelaki)
Satu satu saya sayang ibu, (semua)
Dua dua saya sayang ayah,
Tiga tiga sayang adik kakak,
Satu dua tiga sayang semuanya.
Kekanda adinda semua, (aina)
Sujud syukur kepada allah,
Sekian sahaja persembahan kami,
Ewah, (ain 1K)
Silap dan salah harap dimafi,
Ewah, (saliza)
Izinkan kami mengundur diri ,
Panja umur berjumpa lagi,
Ewah ,….. (aidil)
Ting tak keting tak ting (semua)